Suara rakyat bukan ‘politik kebencian’

Dato' Seri Hamzah Zainudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Suara rakyat bukanlah bersifat ‘politik kebencian’ seperti mana yang dilabelkan oleh kerajaan Madani.”

- Advertisement -

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ramai rakyat negara ini meluahkan rasa kekecewaan apabila kerajaan telah menaikkan harga diesel.

“Sekarang rakyat telah pun menjadi mangsa kenaikan harga diesel RM 3.35 dan mereka hanya menuntut kerajaan untuk menurunkan harga minyak tersebut tetapi adakah itu masih dianggap ‘politik kebencian’?” katanya.

Menurutnya, rakyat juga menegur kerajaan dalam isu penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partner (GIP) yang dikaitkan dengan syarikat pro-Israel, BlackRock.

Tambah beliau, syarikat tersebut sememangnya sudah terang-terangan menyatakan sokongan kepada negara haram Israel dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin itu sendiri.

“Apakah bila rakyat menegur kerajaan kerana berurus niaga dengan Blackrock melibatkan penjualan saham sehingga 30 peratus aset strategik negara iaitu MAHB yang membabitkan syarikat yang terlibat menyokong keganasan Israel dan tidak dilakukan secara tender terbuka merupakan ‘politik kebencian’?

“Apakah kerana rakyat menegur kerajaan Madani cakap tak serupa bikin yang kononnya mahu membanteras rasuah tapi bekas menteri yang dikaitkan dengan kes rasuah hampir RM100 juta langsung tidak didakwa?” soalnya.

Beliau menyatakan, sebenarnya banyak lagi isu yang telah rakyat mula persoalkan terhadap kerajaan pada masa ini yang mana perkara sebegitu tidak boleh sewenang-wenangnya dilabel sebagai ‘politik kebencian’.

Kata beliau lagi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya tidak bersifat lupa diri apabila memegang pentadbiran negara ini.

“Jadi, saya ingin menegaskan di sini bahawa suara rakyat bukan bersifat ‘politik kebencian’ kerana mereka sendiri sudah pun terbeban dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Kita semua harus ingat bahawa suara rakyat merupakan suara keramat dan kerajaan harus mengetahui perkara tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/7/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -