Serangan maut di pusat beli-belah Israel hari ini

Orang ramai berkumpul di luar pusat beli-belah berikutan serangan maut di Karmiel, utara Israel, pada hari ini, 3 Julai 2024 (FOTO: Avi Ohayon/Reuters])
- Advertisement -

KARMIEL, Israel: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan tikaman di sebuah pusat beli-belah di utara Israel, dengan pihak polis berkata suspek telah ditembak mati.

Serangan berlaku di tingkat dua Hutzot Karmiel Mall di bandar Karmiel di utara Israel pada hari ini, Rabu (3 Julai).

- Advertisement -

Perkhidmatan ambulans nasional Israel berkata, paramedik sedang merawat dua lelaki berusia 20-an, seorang dalam keadaan sangat serius dan seorang lagi sedar sepenuhnya.

Jurucakap Pusat Perubatan Galilee Israel, Gal Zeid kemudian berkata, doktor mengesahkan seorang lelaki mati selepas gagal menyelamatnya yang sebelum cedera parah. Mangsa kedua serangan tersebut pula dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital.

Rakaman video dari tempat kejadian yang dikongsi di media sosial, disahkan oleh agensi pemeriksa fakta Sanad Al Jazeera, menunjukkan orang ramai di pusat beli-belah itu cuba memberikan rawatan perubatan kepada salah seorang mangsa yang cedera, yang memakai pakaian seragam hijau.

Polis berkata suspek, yang tidak dinamakan, dan mereka sedang menyiasat kejadian itu sebagai kemungkinan yang dilabelkan sebagai  ‘serangan pengganas’. 

“Suspek yang didakwa dikenal pasti sebagai warga Arab-Israel dari bandar Nahf,” ujar kenyataan polis Israel.

Pintu masuk pusat beli-belah itu ditutup oleh polis ketika mereka menjalankan operasi mencari dan menyiasat secara meluas di kawasan itu, lapor radio Israel.

Media Israel memetik ketua polis Karmiel, Yitzhak Abuhatzira sebagai berkata bahawa ahli keluarga suspek telah ditangkap, termasuk ibu, abang dan kakaknya.

Ketegangan antara Israel dan Palestin di Tebing Barat yang diduduki telah memuncak ketika perang Israel ke atas Semenanjung Gaza tatkala  tentera Zionis Israel melakukanserbuan hampir setiap hari di wilayah itu. 

Lebih 500 rakyat Palestin telah terbunuh dan 5,300 yang lain cedera dalam serbuan itu.

Melaporkan dari Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki, wartawan Al Jazeera, Nour Odeh berkata: “Adalah mustahil untuk memisahkan apa yang berlaku di dalam (negara haram) Israel berkenaan dengan serangan tikaman daripada dinamik pendudukan di Tebing Barat atau perang (genosid Israel ke atas penduduk Palestin) di Semenanjung Gaza.”

“Ketegangan telah meningkat dan mereka telah mencapai titik didih,” kata Odeh, yang juga merujuk kepada serbuan tentera yang kerap ke atas kumpulan Palestin, amukan oleh peneroka Yahudi di kampung Palestin, dan serangan jalanan terhadap warga Palestin yang membawa maut.

Sementara badan pemerhati anti-penempatan, Peace Now berkata pada Rabu bahawa pihak berkuasa Israel baru-baru ini telah meluluskan rampasan 12.7 kilometer persegi (4.9 batu persegi) tanah di Tebing Barat yang diduduki – peruntukan terbesar dalam lebih tiga dekad.

“Sejak awal tahun, Israel telah mengisytiharkan 23.7 kilometer persegi (9.15 batu persegi) di wilayah Palestin sebagai tanah negara (haram)nya.

“Semua ini mendorong rakyat Palestin dalam berada dalam keadaan putus asa dan kemarahan terhadap dasar kejam rejim Zionis  Israel yang menghalau mereka keluar dari tanah milik mereka dan menjadikan kehidupan mereka tidak tertanggung lagi, tidak kira di mana mereka berada,” tambah Odeh.

Pada hari Rabu juga, Kementerian Kesihatan Gaza berkata bahawa sekurang-kurangnya 37,953 orang awam telah terbunuh dan 87,266 yang lain cedera dalam perang genosid Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. – Agensi/– HARAKAHDAILY 3/7/2024

- Advertisement -