Rakyat mahu perkhidmatan telekomunikasi lebih murah

Dato' Mumtaz Md Nawi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat inginkan perkhidmatan telekomunikasi lebih murah, kata Dato’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat).

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengadakan perbincangan bagi menurunkan harga telco dalam rangkaian 5G bagi memenuhi aspirasi rakyat.

Katanya, terdahulu Damansara berjaya menurunkan harga telco kepada rakyat yang difahamkan wujudnya pakej Rahmah pada ketika itu.

“Adakah kerajaan boleh membuat satu pakej Rahmah Plus khas untuk orang kurang upaya (OKU), veteran, pelajar dan ibu tunggal untuk menikmati pas Internet yang lebih murah dan data tanpa had, serta 10GB hotspot dengan kelajuan yang lebih tinggi.

“Hal ini dapat membantu golongan yang sangat memerlukan,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata setakat ini untuk perkhidmatan mudah alih (MNO) yang terlibat sama ada dalam entiti A dan B memang semuanya adalah syarikat Malaysia.

Nie Ching berkata, semua peralatan rangkaian 5G dari luar negara seperti Ericsson yang digunapakai oleh Digital Nasional Berhad (DNB) iaitu Nokia, Samsung ataupun Huawei adalah keputusan untuk MNO itu sendiri.

“Jadi apabila Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) diwujudkan mereka akan memilih pembekal untuk peralatan tersebut.

“Terima kasih juga Yang Berhormat Tumpat dengan soalan tentang pakej Rahmah yang merupakan usaha sebenar kementerian untuk mengehadkan kepada tempoh masa satu tahun,” katanya.

Justeru, beliau dan kementeriannya akan mengkaji semula sokongan dan cadangan Mumtaz untuk mewujudkan semula pakej Rahmah 5G kepada golongan yang sangat memerlukan. – HARAKAHDAILY 3/7/2024

- Advertisement -