PRK Sungai Bakap: Ceramah Mega PN Grand Finale esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Siri Ceramah Mega PERIKATAN NASIONAL (PN) Grand Finale kini kembali lagi pada esok (4 Julai, Khamis) tetapi kali ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ini menunjukkan bahawa PRK Sungai Bakap sudah sampai ke tahap kemuncaknya yang mana ceramah tersebut akan menampilkan tokoh-tokoh besar PN yang benar-benar sentiasa mengikut perkembangan rakyat biasa dari semasa ke semasa.

- Advertisement -

Antaranya ialah Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai; Presiden MIPP, P. Punithan dan Pengarah Pilihan Raya PN yang juga merupakan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Sanusi Md Nor.

Kehadiran kelima-lima tokoh ini menunjukkan bahawa ceramah pada keesokan hari bukan bersifat biasa semata-mata kerana terkenal dengan sifat membela nasib rakyat yang pada masa ini yang sudah pun terbeban dengan dasar-dasar kerajaan pada masa ini.

Sudah lebih daripada 16 bulan kerajaan masih tidak berjaya menyelesaikan masalah-masalah seperti kos sara hidup, penurunan nilai matawang, isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP), isu tanah dan seumpamanya.

Pelbagai isu dan polemik yang telah ditimbulkan oleh Kerajaan Madani seperti menarik balik subsidi minyak diesel dan baru-baru ini mencadangkan penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partner (GIP) yang dikaitkan dengan syarikat pro-Zionis, BlackRock.

Malah, kawasan Sungai Bakap sendiri juga menyaksikan masalah gangguan bekalan air yang mana menurut laporan HarakahDaily sebelum ini, perkara tersebut menyebabkan sebahagian besar rakyat mengeluh hinggakan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen DAP sendiri menulis surat bantahan yang memberi tekanan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Isu-isu sebegini sudah tentu tidak memberikan kesenangan kepada rakyat termasuklah penduduk Sungai Bakap itu sendiri yang sudah pun terbeban dengan isu-isu sebegitu.

Maka, tiba masanya untuk penduduk Sungai Bakap melakukan perubahan dengan tidak lagi terpengaruh dengan janji-janji manis yang dilontarkan oleh Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja dengan menghadiri ceramah Grand Finale pada keesokan hari tetapi mengundi PN. – HARAKAHDAILY 3/7/2024

- Advertisement -