Kakitangan pejabat Ketua Audit terdedah banyak beban kerja

Wan Hassan Mohd Ramli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertembungan tugas antara juruaudit luar syarikat dan pejabat Ketua Audit Negara mengaudit rekod kewangan sesuatu syarikat perlu dijelaskan kerajaan.

- Advertisement -

Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berkata, pelantikan Ketua Audit Negara mengikut Rang Undang-undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 boleh menjejas tugas juruaudit di bawah Seksyen 174 (2) Akta Syarikat.

Oleh itu katanya siapa yang lebih berhak mengambil rekod kewangan untuk diaudit kerana juruaudit syarikat kerana mereka ada tanggungjawab mengikut undang-undang.

“Bagaimana pula apabila juruaudit syarikat memberi laporan audit bersih bukankah akan menimbulkan ketegangan antara juruaudit luar syarikat dan pejabat Ketua Audit Negara?

“Juruaudit luar syarikat melakukan audit selaras Akta Syarikat. Maka dibimbangi ketegangan yang boleh berlarutan ke mahkamah,” ujar beliau ketika membahaskan RUU Audit Pindaan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, menurutnya, prinsip-prinsip pindaan RUU yang akan dibuat tertumpu pada mengembangkan bidang kuasa Ketua Audit Negara akan menambahkan bebanan kerja kakitangan awam.

Ini berikutan pindaan Seksyen 5 memperuntukkan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun badan lain termasuk syarikat kepentingan kerajaan.

“Adakah Jabatan Audit Negara akan menambah sumber manusia dan kepakaran yang diperlukan untuk menggalas tanggungjawab baru terutamanya melibatkan penambahan skop tugas penyiasatan.

“Apakah jaminan pertambahan beban dari segi prestasi dan moral yang berisiko menyebabkan kakitangan awam merudum dalam indeks keseimbangan kerja hidup global,” soal beliau. – HARAKAHDAILY 3/7/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!