Sembilan maut di Seoul kereta langgar pejalan kaki

Polis dan penyelamat berdiri di sebelah kereta yang terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan beberapa orang terbunuh dan cedera di tengah Seoul, Korea Selatan pada malam tadi, 1 Jul 2024. (FOTO: REUTERS)
- Advertisement -

SEOUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan empat lagi cedera apabila sebuah kereta melanggar pejalan kaki berhampiran dewan bandaraya Seoul pada malam tadi, Isnin (1 Jul).

Seorang anggota bomba, Kim Chun-soo berkata, enam mangsa maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Laporan itu juga menyebut bahawa seorang pemandu kereta berusia 68 tahun merempuh orang ramai yang sedang menunggu di isyarat lalu lintas.

- Advertisement -

Suspek didapati memandu ke arah yang salah dan melanggar dua kenderaan lain sebelum melanggar pejalan kaki, lapor Yonhap lagi.

Sehubungan itu. Pengarah Keselamatan dan Pengangkutan di pejabat daerah Jung-gu Seoul dalam kenyataannya mengesahkan, seorang lelaki telah ditahan polis berhubung kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada dadah atau alkohol terlibat, serta sama ada kejadian maut itu disebabkan oleh pecutan tidak sengaja,” kata Kim.

Datuk Bandar Seoul,  Oh Se-hoon pula menyifatkan ia sebagai ‘kemalangan yang sangat menyedihkan’ ketika beliau melawat tapak nahas.

Kemalangan pengangkutan maut dengan banyak korban jarang berlaku di Korea Selatan, yang umumnya mempunyai jalan raya dan kenderaan yang diselenggara dengan baik. – Agensi/– HARAKAHDAILY 2/7/2024

- Advertisement -