Pelaksanaan e-Invois: Jangan bebankan peniaga

Awang Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan bagaimana pelaksanaan e-Invois dapat membantu mengurangkan insiden ekonomi bayangan dari segi aspek pentadbiran seperti masalah sumber terhad yang berpengetahuan dan kekurangan tenaga kerja.

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, kira-kira 31,598 entiti terdiri daripada individu perniagaan syarikat dan lain-lain belum mengisytiharkan pendapatan mereka seperti yang dilaporkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) pada 2022.

- Advertisement -

“Kerajaan juga perlu menyatakan usaha dan langkah untuk memastikan pelaksanaan e-Invois tidak membebankan golongan peniaga dan usahawan kecil berbanding organisasi ataupun firma berskala besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam jawapannya, Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan bawah RM150,000 tidak perlu mengeluarkan e-Invois buat sementara waktu.

“Kita juga akan memberikan sistem tanpa membebankan kewangan mereka kerana boleh dibuat melalui LHDN dengan memberikan akses sesawang jika jualan tahunan mereka lebih daripada RM150,000,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/7/2024

- Advertisement -