Langkah Muar bukti Kerajaan Madani ‘reformati’

Wan Ahmad Fayhsal (kiri) dan Radzi (depan, kiri) turut berlari dalam final lap 'Larian Langkah Muar' bersama-sama Syed Saddiq di Kuala Lumpur pada pagi semalam, 1 Julai 2024.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Larian Langkah Muar yang direalisasikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah bukti kesinambungan kerajaan yang sudah menjadi ‘reformati’ dan gagal.

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pada awal pagi semalam beliau (serta Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin) turut berlari dalam final lap ‘Larian Langkah Muar’ bersama-sama Syed Saddiq bagi menuntut peruntukan sama rata kepada Ahli Dewan Rakyat termasuklah dalam kalangan pembangkang.

- Advertisement -

“Saya difahamkan Langkah Muar berjaya mengutip sumbangan lebih RM150,000 sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan dana daripada pihak awam untuk digunakan bagi rakyat di Parlimen Muar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang, langkah tersebut adalah kesinambungan janji reformasi kerajaan Madani yang telah bertukar menjadi ‘reformati’ kerana gagal melaksanakan segala bentuk janji yang diberikan.

Tambah beliau, antaranya ialah tata kelola yang baik, reformasi institusi serta perjuangan siang dan malam selama lebih 20 tahun.

“Kami dari Perikatan Nasional (PN) serta sahabat saya, ahli Parlimen tunggal daripada parti Muda menuntut agar pihak kerajaan segera menghentikan segala bentuk penindasan dan tekanan kepada rakyat terutamanya pimpinan pembangkang yang tidak bersefahaman dengan kerajaan Madani,” ujarnya.

Beliau menyatakan ahli Parlimen Putrajaya yang merupakan Naib Presiden Bersatu Dr. Radzi Jidin dan beberapa rakan pelari (runners) yang lain juga turut serta dalam Langkah Muar semalam.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq kerana melakukan perkara sebegitu yang benar-benar mencintai keadilan berpolitik dalam negara ini.

“Maka, syabas dan tahniah sekali lagi buat Syed Saddiq kerana beliau memang juara buat rakyat Muar dan semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/7/2024

- Advertisement -