Krisis air Mukim 5: ‘Projek Panadol, eksperimen dan ubat pelali’

- Advertisement -

SUNGAI BAKAP: “Apa yang pengamat (pemerhati) Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap perlu tahu tentang projek Panadol, Eksperimen dan Ubat Pelali?”

Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam (Lekas), Zikrullah Ismail berkata, dalam merealisasikan tugas dan tanggungjawabnya dalam memberikan penjelasan  supaya semua pihak faham secara menyeluruh, beliau akan jelaskan satu persatu apakah yang beliau maksudkan sebagai ‘Projek Panadol, Projek Eksperimen dan Projek Ubat Pelali’ di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

- Advertisement -

“Kenapa panadol ? Sebab projek tu tak reliable (boleh dipercayai). Suction tank (tangki sedutan) Taman Widuri dan Wellesley tak berfungsi sebaiknya apabila ia sentiasa perlukan lori tangki jumbo (besar) untuk angkut top up (tambahkan) air. 

“Sekarang ini air kurang gangguan sebab lori-lori berkenaan kerap berulang-alik angkut air sempena pilihanraya (Pilihan Raya Kecil/PRK Sungai Bakap).

“Cuba tanya tentang pengalaman ngeri apabila lori tak banyak datang untuk angkut air secara manual ke tangki sedutan itu?” katanya dalam satu kenyataan.

Seterusnya, menurut Zikrullah adalah tentang persoalan kenapa projek eksperimen?

Portable water treatment plant (loji rawatan air mudah alih) Sungai Duri  sekarang dah berhenti daripada beroperasi. 

“Setakat beberapa hari lepas memang tak beroperasi. Namun, dalam statement dan pamplet (kenyataan dan risalah) kempen (PRK Sungai Bakap) cakap projek tu dah berjaya siap beroperasi. 

“Nak bohong orang tak tahu apa-apa atau penyokong ‘totok’ (lurus bendul) bolehlah. Adakah ini boleh dikira sebagai tipu sunat perjuangan (parti)?

Beliau kemudian beralih menjelaskan mengenai persoalan ketiga, tentang ‘kenapa projek ubat pelali’

“Ubat pelali ini fungsinya nak bagi orang khayal sahaja. Umumkan projek Air Perak-Penang (Pulau Pinang), apa makna untuk penyelesaian segera? 

“Orang yang tahu apa termasuk yang level (tahap) orang besar politik teruja berucap mengkhayalkan pendengar,” jelas Zikrullah. 

Tambah beliau, projek skala besar paling cepat mengambil tempoh tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya. 

“Kalau sekarang sudah enam tahun berlarutan air terganggu nak tunggu lagi tiga tahun lagi ke? Habis kenapa terasa bangga sangat dengan projek jangka panjang yang disebut?

“Bukan bermaksud projek besar itu tak disokong. Cumanya janganlah bagi ‘ubat pelali’ yang mengkhayalkan, hakikatnya ia beri makna untuk jadi modal nak kempen sangat pun. 

“Ini  semua nak bagi orang (penduduk) Mukim 5 sakit hati sahaja. 

“Kalau beginilah sikapnya, maka penduduk dalam Perjuangan Menuntut Hak Air Bersih di Mukim 5 Sungai Bakap, di Seberang Prai Selatan (SPS), Pulau Pinang ini perlukan wakil rakyat yang dapat buat kerja semak dan imbang. 

“Bukan hanya jadi burung kakak tua, angguk dan ulang sahaja apa yang disebut oleh pihak berkuasa negeri,” tegasnya.

Beliau menyatakan lagi, sepatutnya tidak perlu menunggu sehingga PRK, barulah bersungguh-sungguh untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. 

“Nampak sungguh banyak masalah walaupun segala jentera dan kuasa ada, tapi gagal untuk buat koordinasi segera untuk selesaikan masalah air tertangguh enam tahun,” katanya.

Terdahulu, Zikrullah sebelum ini telah membuat kenyataan mengenai masalah bekalan air di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sudah enam tahun berlarutan, namun ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kerajaan mengumumkan projek baharu pula.

“Pakatan Harapan (PH) sudah mentadbir Pulau Pinang sejak tahun 2008. Namun, masalah bekalan air khususnya di Sungai Bakap tidak selesai sehingga sekarang.

“Malah DUN terbabit pernah tiga penggal diwakili ADUN PKR, namun masalah bekalan air tidak diselesaikan,” katanya.

Menurutnya lagi sebelum ini penduduk di Sungai Bakap tidak menghadapi masalah bekalan air kerana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengambil air bersih dan terawat di Kedah.

“Penduduk di Mukim 5 Sungai Bakap mendapat sumber air dari Sungai Kerian yang didaratkan melalui paip Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Kedah. Bagaimanapun, selepas projek menaik taraf loji Lubuk Buntar dibuat sumber air terawat dari SADA dihentikan.

Beliau mendedahkan lagi, air dari Loji Rawatan Air Lubok Buntar diambil dari Sungai Kerian yang diproses untuk manfaat penduduk berdekatan tanpa kira sempadan negeri.

“Kesan langsung PBAPP terpaksa mengambil air dari Sungai Muda melalui Loji Rawatan Air Sungai Dua dihantar melalui paip ke kawasan paling hujung di Mukim 5 Sungai Bakap,” ujarnya.

Menurut Zikrullah, air Sungai Muda yang dirawat disalur melalui Batu Kawan, BKIP dan Jawi terlebih dahulu. Penduduk Mukim 5 Sungai Bakap yang berada di hujung paip berdepan dengan masalah tekanan rendah.

“Isu paip kecil usang berdepan dengan risiko pecah apabila tekanan pam dinaikkan. Gangguan bekalan air di Sungai Bakap berlarutan sehingga sekarang yang gagal diselesaikan pihak berkuasa negeri,” katanya.

PRK DUN Sungai Bakap pada tahun ini ialah PRK pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang ke-15.

PRK Sungai Bakap tersebut akan diadakan menjelang Sabtu (6 Julai) ini berikutan penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia pada 24 Mei 2024 akibat radang dalam perut, menyaksikan calon PERIKATAN NASIONAL yang bertarung dalam gelanggang PRK Sungai Bakap 2024 itu kelak ialah Abidin Ismail dari parti PAS. – HARAKAHDAILY 2/7/2024

- Advertisement -