IMF pencetus penyasaran subsidi diesel?

Rosol Wahid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menjelaskan berkenaan kenaikan mendadak harga diesel baru-baru ini adalah berlakunya keterlibatan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dato’ Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata, ini berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia pada Mac sehingga September 1998.

- Advertisement -

“Dalam debat pada Julai 2008 Tambun bersama dengan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Tambun ada mengatakan bahawa cadangan minyak naik mendadak (adalah) preskripsi IMF dan Bank Dunia.

“Yang kedua, dengan indikator baru yang dicari ini adakah dapat mengembalikan semula beras putih tempat yang masih ghaib sehingga sekarang. 

“Akhir sekali (saya ingin mengingatkan berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka),” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kerajaan perlu menjelaskan berkenaan penyasaran subsidi yang tidak dikenakan di Sabah Sarawak mempunyai kaitan dengan tidak berlakunya kebocoran, penyelewengan dan penyeludupan berbanding di Semenanjung.

Sehubungan itu Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam jawapannya memberitahu, beliau tidak pernah mengambil preskripsi IMF bagi tujuan penyasaran subsidi dan beliau menjelaskan perkara tersebut.

Jawapan bagi soalan kedua menurutnya, beras putih tersebut akan dijawab oleh Menteri Pertanian.

Akhir sekali, Anwar berkata, penggunaan diesel di Sabah dan Sarawak adalah secara menyeluruh menyebabkan berlakunya kesukaran untuk dibuat pelaksanaan penyasaran subsidi. 

“(Di) Sabah Sarawak itu, (mana-mana Ahli Parlimen yang mempersoalkan) tolonglah pergi ke Sarawak, Sarawak dan lihat keadaan dia, (di mana) penggunaan diesel itu menyeluruh. Dia tak seperti di sini (Semenanjung). 

“Setiap bot, setiap kereta, (semua) kenderaan itu menggunakan diesel. Jadi, pelaksanaan itu akan menjadi terlalu sukar, dan kos sara hidup Sabah Sarawak relatif jauh lebih tinggi daripada Semenanjung,” jawab beliau. 

Terdahulu Rosol dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah yang digerakkan pada Mac 2024. 

“Apakah program yang telah dilaksanakan kerajaan berdasarkan dapatan dari indikator baru terbabit?” katanya. HARAKAHDAILY 2/7/2024

- Advertisement -