Gunung Fuji: Peraturan baharu buat pendaki 

Gunung Fuji di Jepun terkenal dengan aktiviti pendakian. (FOTO: Japan Travel)
- Advertisement -

TOKYO: Gunung Fuji yang merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO mula memperkenalkan peraturan baharu bagi pendaki di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesesakan di kawasan berkenaan.

Bermula 1 Julai lalu, pendaki perlu membayar 2,000 yen (RM58) seorang dengan jumlah pendaki sehari ditetapkan pada kadar maksimum 4,000 orang, lapor CNN.

Gabenor Yamanashi, Koutaro Nagasaki berkata, dengan menggalakkan langkah keselamatan yang komprehensif untuk mendaki Gunung Fuji, pihaknya akan memastikan Gunung Fuji yang merupakan salah satu khazanah dunia, diteruskan kepada generasi akan datang

- Advertisement -

Kesesakan lalu lintas, kaki bukit yang dipenuhi sampah dan pejalan kaki yang berpakaian tidak bersesuaian, malah ada pendaki yang cuba menaiki gunung tersebut dengan hanya memakai sandal yang merupakan antara isu yang melanda tapak pelancongan popular Jepun tersebut.

Di samping itu, akan ada pemandu pelancong yang baharu bagi menguruskan keselamatan di dalam dan sekitar denai. Mereka akan memaklumkan pendaki apabila mereka melanggar etika di atas gunung, seperti tidur di tepi denai, menyalakan api atau memakai pakaian yang tidak bersesuaian.

Peraturan baharu tersebut hanya terpakai di wilayah Yamanashi, di mana terdapat laluan mendaki yang lebih popular.

Lokasi Gunung Fuji terletak di wilayah Shizuoka, yang masih belum melaksanakan sebarang cukai atau had pelawat seperti yang dilakukan di Yamanashi. – HARAKAHDAILY 2/7/2024

- Advertisement -