Banjir: Khidmat Malaysia Sabah arah jentera bersiap siaga

Sahar Abdul Majid
- Advertisement -

KOTA KINABALU: Khidmat Malaysia Sabah telah mengarahkan semua jentera di peringkat kawasan seluruh negeri agar bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar berlaku Berikutan musim tengkujuh sedang melanda negeri ini.

- Advertisement -

Pengarahnya, Sahar Abdul Majid berkata, ini termasuk banjir kilat yang sedang melanda beberapa kawasan di Pantai Barat seperti Penampang, Tuaran, Sepanggar, Putatan dan sekitarnya yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk serta menjejaskan aktiviti harian mereka.

“Anggota Khidmat Malaysia Sabah akan segara turun ke lokasi bencana disekitar Pantai Barat terutama yang terjejas dengan banjir kilat bagi menghulurkan bantuan dan kerja-kerja pembersihan pascabanjir kelak,: ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penduduk yang terkesan dengan banjir dan kawasan yang berisiko dengan bencana itu agar sentiasa berwaspada terutama anak-anak kecil bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

“Khidmat Malaysia Sabah juga menyeru kepada semua untuk sentiasa mengikuti arahan-arahan semasa daripada Pihak Berkuasa Bencana Negeri dan jika perlu hubungi mereka dengan segera untuk mendapatkan banrtuan kecemasan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 2/7/2024

- Advertisement -