KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) diminta untuk membuat kajian perbandingan dengan negara-negara yang memiliki kapasiti tinggi Waste To Energy (WTE).
Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) berkata, perbandingan tersebut perlu dibuat berserta pembangunan industri pengurusan sisa pepejal dengan negara seperti Jepun, Jerman dan Perancis.
“Mengambil kira risiko pengoperasian Incinerator (pembakar) seperti masalah pelupusan sampah basah secara sempurna serta pengurangan pelepasan gas dan bahan kimia berbahaya atau cecair larut resap.
“Adakah kementerian juga mempunyai pelan khusus bagi pembangunan integrated solid waste management centre di seluruh negara untuk pengurusan pelupusan sampah seperti loji kompos dan memproses sisa pembinaan.
“Adakah kementerian telah mengkaji keperluan untuk memperluas pusat pengkomposan berpusat dalam menggalakkan komuniti mengumpul sisa dapur sebelum dihantar ke pusat ini untuk dijadikan sebagai baja kompos ataupun mengumpul sisa makanan dari peniaga restoran diedarkan kepada kebun komuniti,” soal beliau.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam jawapannya berkata, KPKT sentiasa menjalankan kaji selidik yang komprehensif untuk berbanding dengan negara-negara lain.
Yang kedua, Kor Ming berkata, mengenai kadar kitar semula serta pusat pemusatan sisa pepejal, KPKT akan mewujudkan 100 drive through recycling center (pusat pandu lalu kitar semula) pada tahun ini.
“(Ia adalah) Di mana pengguna boleh kutip surat khabar ataupun the use cooking oil (penggunaan minyak masak) masuk shopping mall (gedung beli-belah), turun, hantar terus dibayar cash (tunai). Selaras dengan prinsip kita from cash to trash (merujuk kepada wang tunai akan mengalami kehilangan nilainya dari semasa ke semasa).
“Model ini telah pun terbukti berkesan di negeri Kedah di mana kita dah buat (laksanakan) di Alor Setar. Kita akan perluaskan supaya semua pusat bandar khususnya pusat membeli-belah akan mempunyai drive thru recycling centre,” jawabnya.
Sebelum itu, beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan senarai 18 lokasi yang akan membina loji ‘Waste to Energy’ (bahan buang kepada tenaga) di seluruh negara, termasuk di Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 1/7/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!