Suhakam perlu kembali berfungsi, berperanan seperti era PN

Idris Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)  diseru agar dapat kembali berfungsi dan memainkan peranan yang sepatutnya dalam menjadikan semak dan imbang kepada pihak Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) berkata, Suhakam kelihatan tidak lagi garang dan tegas seperti yang sepatutnya dalam tempoh antara tahun 2021 dan 2022 ketika Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN). 

- Advertisement -

“Jika diteliti pada tahun 2021 dan 2022 ketika mana kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional, Suhakam dilihat agak tegas dalam menegur dan memberikan cadangan kepada pihak kerajaan. 

“Ia dapat dilihat secara zahir melalui perkataan yang digunakan seperti kerajaan digesa, Suhakam menyeru kerajaan dan seumpamanya. Dengannya ini (dirujuk) dalam beberapa siri kenyataan media yang dikeluarkan.

“Perkara ini adalah suatu yang sangat baik dan menunjukkan bahawa kerajaan pada ketika itu sangat terbuka dan menerima pelbagai cadangan dan komentar daripada pihak ketiga.

“Namun begitu, situasi seperti ini jarang sekali dilihat di era kerajaan PH-BN pada hari ini nada dan pattern (corak) Suhakam seperti tahun sebelumnya,”tegas beliau.

Idris mengemukakan perkara tersebut ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM bagi tahun 2021 dan tahun 2022 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata kini, Suhakam dilihat agak berhati-hati dalam menegur dan memberi cadangan kepada Kerajaan PH-BN dalam pelbagai perkara. 

“Dalam kesempatan ini saya mengharapkan Pengerusi SUHAKAM dapat dilantik dengan segera setelah kerusi itu kosong sejak daripada Ogos 2023,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/7/2024

- Advertisement -