Suhakam ambil kira kehendak Islam, bukan hanya Barat

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan untuk membuat laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada masa hadapan agar elemen penyelarasan selari dengan kenendak syariah Islam.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, ini adalah kerana dibimbangi hanya perjuangan hak asasi manusia menurut Barat sahaja diambil kira. 

- Advertisement -

“Apa sahaja perjuangan hak asasi manusia mesti selari dengan kehendak syariah khususnya bagi orang di Malaysia, agama rasmi adalah agama Islam, maka sudah tentu hak asasi manusia perlu dilihat kepada batas dan ketetapan syariah,” ujar beliau.

Abdul Latiff mengemukakan perkara tersebut semasa membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM bagi tahun 2021 dan tahun 2022 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar Suhakam boleh berperanan mendesak kerajaan agar meminda Senarai Negeri dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri melaksanakan Undang-undang Syariah.

Beliau berkata, ini bertujuan bagi mengelakkan kes cabaran perundangan peruntukan Undang-undang Negeri bagi menjaga hak asasi dan kemaslahatan umum orang Islam.

“Hak melaksanakan syariah adalah hak asasi manusia kerana ianya tuntutan agama. bukan sekadar solat, puasa, zakat dan haji, tetapi merangkumi keseluruhan hidup. 

“Suhakam perlu melihat isu ini dengan sebaiknya. Jika pihak kerajaan berlengah-lengah maka Suhakam perlu memainkan peranannya agar hak asasi manusia ini tidak terabai. 

“Jika kita bandingkan dengan isu muamalah ataupun kewangan Islam yang sekarang amat berkembang. Bukan sahaja kini menjadi pilihan orang Islam tetapi orang bukan Islam. 

“Dahulu, bank-bank konvensional hanya membuka kaunter sahaja tetapi kini semuanya menjadi Islamik bank. Jadi kenapa undang-undang syariah tidak boleh. Apa yang nak ditakutkan?

“Jadi, saya yakin jika undang-undang Islam dapat dilaksanakan akan menjadi pilihan semua termasuk orang bukan Islam kerana Islam itu adil,” katanya.

PRK Sungai Bakap 2024 yang merupakan ialah pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang ke-15 akan diadakan pada 6 Julai ini, susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia pada 24 Mei 2024 akibat radang dalam perut; dengan calon PERIKATAN NASIONAL pada PRK Sungai Bakap ialah Abidin Islam dari parti PAS. – HARAKAHDAILY 1/7/2024

- Advertisement -