PRK Sungai Bakap: Kaum India beri reaksi positif

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Pengundi dalam kalangan masyarakat kaum India telah menunjukkan reaksi sangat positif kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) sepanjang kempen PRK N.20 DUN Sungai Bakap.

- Advertisement -

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pulau Pinang, K Jayaraman memberitahu, rata-rata penduduk daripada kaum India malah turut meluahkan rasa susah di bawah pemerintahan Kerajaan PH-BN.

“Sepanjang kita pergi merayu undi dan turun melihat keadaan mereka, mereka sendiri sebenarnya tertekan dengan keadaan sekarang,” katanya ketika ditemui di Karnival Wanita Sejahtera di Padang Flat Mutiara Jaya, di sini semalam.

Beliau yakin undi kaum India kepada PN akan meningkat dengan memberangsangkan pada PRK ini selain menyebut bahawa para pengundi mengadu kepadanya mengenai masalah dihadapi mereka.

“Mereka merasa tertipu dengan kerajaan sekarang yang berjanji macam-macam tetapi tidak ditunaikan, dalam manifesto semua benda tapi sekarang apa yang dijanji tidak dikotakan.

“Mereka harap wakil PN akan menjadi penghubung kepada masalah mereka jika menang nanti,” tambahnya lagi.

Jayaraman turut berkongsi cerita mengenai penduduk kaum India yang tidak dibenarkan membuka perniagaan oleh pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diterajui PH-BN di sebuah dewan orang ramai.

Sedangkan katanya, pada PRN lalu mereka itu diberi janji untuk dibenarkan berbuat demikian dan oleh itu beliau memberi jaminan isu tersebut akan disuarakan Abang Abidin jika menang nanti. – *HARAKAHDAILY 1/7/2024

- Advertisement -