‘Jarang pemimpin yang bangga berbuat kezaliman’

Zurk Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Jarang berlakunya mana-mana pemimpin politik yang bangga dengan kezaliman mereka terhadap rakyat dalam negara ini.”

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad berkata, beliau berterima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid kerana mengaku terdapat berlakunya  diskriminasi peruntukan buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang oleh Kerajaan Perpaduan PH-BN di Pulau Pinang.

- Advertisement -

“Kenyataan ini tidak lain menunjukkan sifat zalim dan bodoh sombong Kerajaan Perpaduan dalam memimpin masyarakat Pulau Pinang itu sendiri,” katanya.

Menurut beliau, perkara sebegini membuktikan kerajaan pada hari ini tidak peduli dengan kebajikan rakyat dan telah menzalimi hak rakyat yang sepatutnya dilayan secara adil.

Tambah beliau, tidak ada gunanya demokrasi serta mandat rakyat sekiranya rakyat itu sendiri dibeza-bezakan hanya kerana tidak mengundi mereka.

“Apa guna demokrasi serta mandat rakyat jika akhirnya rakyat dibeza-bezakan hanya kerana tidak mengundi mereka?

“Mereka sangka dengan menyekat peruntukan maka pihak pembangkang akan lumpuh. Namun sebaliknya, wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang tetap terus berkhidmat kepada rakyat yang memerlukan di kawasan mereka,” ujarnya.

Beliau menyatakan perkara sebegini juga menunjukkan perbezaan antara calon yang bekerja untuk rakyat dengan calon yang hanya mementingkan kuasa semata-mata.

“Maka, saya yakin rakyat Sungai Bakap bijak menilai untuk menolak kezaliman Kerajaan Perpaduan dan memberi undi kepada parti yang adil dan berkebajikan seperti PN,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/7/2024

- Advertisement -