Taman Rekreasi Awam RM12 juta di Ketereh

- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) membina Taman Rekreasi Awam di kawasan seluas 4.8 ekar melibatkan kos kira-kira RM12 juta.

- Advertisement -

Taman awam itu mengandungi dua tasik buatan, kolam mandi kanak-kanak, taman permainan, zoo, jambatan gantung, kiosk perniagaan, komponen riadah dan santai keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Hilmi Abdullah berkata, projek tersebut akan menjadi tarikan baru penduduk di Ketereh.

“Insya-Allah kita berharap ia akan menjadi kawasan tumpuan keluarga untuk bersantai di hujung minggu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengimamkan solat hajat di tapak taman Wetland Ketereh. Turut hadir Yang Dipertua MDKPI Tengku Ab Rahman Tuan Yunus. (Foto atas)

Sehingga kini banyak pihak berkuasa tempatan di Kelantan mewujudkan taman rekreaksi sebagai tempat tumpuan penduduk di hujung minggu. – HARAKAHDAILY 30/6/2024

- Advertisement -