Amalnita, IKTMC jalin kerjasama pembangunan wanita

- Advertisement -

KUALA LANGAT: Amalnita Yayasan Amal Malaysia dan Islamic Kasim Tuet Memorial College (IKTMC) bersetuju menjalinkan kerjasama berterusan khususnya berkaitan pendidikan dan pembangunan wanita.

Pengerusi Amalnita, Noor Hanim Ismail berkata, perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat IKTMC Hong Kong di Labohan Dagang, di sini kelmarin.

Katanya, pertemuan itu juga menjadi platform Amalnita untuk menjalinkan kerjasama strategik disamping menyebar luas amalan baik secara berterusan kepada persatuan atau NGO sama ada dalam dan luar negara.

Beliau menyifatkan peristiwa itu sebagai sejarah manakala dewan Yayasan Amal Malaysia sebagai saksi menjadi tempat pertemuan dan penerangan berhubung peranan dan khidmat telah dilaksanakan oleh Amalnita dan IKTMC.

Noor Hanim juga telah merancang akan mengadakan kunjung balas ke IKTMC, Hong Kong pada tarikh yang akan ditetapkan.

Seramai lapan pelajar IKTMC dan tiga orang wanita telah bermalam di Inap YAM di mana mereka juga diajar cara membuat kuih buah melaka, selain penerangan mengenai Pusat Dakwah Serantau, skop tugasan Amalnita dan Yayasan Amal Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia, Salleh Farmin telah memberi penerangan berkenaan peranan Yayasan Amal Malaysia, sementara Ketua IKTMC, Nadia Abdullah memberi penerangan berkenaan program dilaksanakan kolej IKTMC. – HARAKAHDAILY 30/6/2024

- Advertisement -
- Advertisement -