Pemuda PAS sokong usaha perjuang nasib rakyat

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil maklum atas penganjuran Himpunan Aman yang diketuai oleh NGO Demi Negara yang diajdualkan berlangsung pada hari ini, kata ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

- Advertisement -

Menurutnya, Pemuda PAS berpendirian untuk menyokong sebarang usaha yang memperjuangkan nasib rakyat dan memberi goncangan kesedaran pihak Kerajaan Madani yang menerbitkan banyak polisi yang ‘flip-flop’ dan memberi kesan langsung kepada kehidupan anak muda dan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, himpunan itu menjadi medan untuk menterjemahkan ketidakpuasan hati rakyat kepada pelbagai isu terutama sekali yang melibatkan survival anak muda daripada sudut ekonomi, kerjaya masa hadapan dan kehidupan sosial yang lebih berkualiti.

Katanya, setelah kegagalan meningkatkan semula kejatuhan matawanga, penghapusan diesel dan akan datang petrol RON95, isu kejatuhan mendadak FDI negara, prestasi negara jatuh merudum dan pelbagai lagi, rakyat sudah semakin muak dengan permainan politik pihak Kerajaan Madani dengan menghalang himpunan itu dijalankan.

“Pemuda PAS mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak penganjur atas usaha kesedaran ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Alor Setar itu, penyertaan Pemuda PAS dalam himpunan itu adalah bersifat terbuka dan tiada halangan daripada PAS untuk menyertainya.

“Semoga himpunan ini berjalan dengan lancar dan menjadikan sebahagian kebangkitan permulaan bagi menentang segala apa jua polisi yang merosakkan kedudukan Melayu, Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Kami doakan kejayaan kita semua!” katanya yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional. – HARAKAHDAILY 29/6/2024

- Advertisement -