Suhakam perlu ada semak, imbang

Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memperkasakan lagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melalui peruntukan dalam undang-undang di negara.

- Advertisement -

Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berkata, kewujudan Suhakam di negara merupakan satu usaha yang sangat baik dan perlu diseimbangkan kepada proses perlindungan undang-undang.

“Sebagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan suruhanjaya yang lain yang mempunyai kuasa bukan sekadar Suhakam ini memberi pandangan kepada kerajaan.

“Kerajaan nak terima, terima. Kerajaan nak tolak, boleh tolak. Begitu juga kepada pembangkang, kalau nak terima, terima. Kalau nak tolak, tolak. Ini yang tidak seharusnya berlaku di dalam negara kita pada hari ini,” katanya semasa membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam bagi 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, hak asasi manusia yang paling besar adalah manifesto yang ditawarkan oleh calon parti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) dijalankan.

“Bila PRU dijalankan, macam-macam bakal perdana menteri ini bercakap, ada yang bercakap harga minyak akan turun.

“Maka, hak rakyat akan menilai dari sudut aspek ini. Bila calon tersebut dilantik menjadi pemimpin, rakyat ini ditipu, bukan sahaja rakyat, kadang-kadang berlaku pada barisan Ahli Parlimen.

“Jadi ini membabitkan hak asasi manusia kerana yang berlaku pada hari ini adalah isu ekonomi yang melanda di negara kita,” katanya.

Justeru, katanya, perkara itu perlu ada semak dan imbang di antara kerajaan dan rakyat yang perlu diperluaskan lagi dalam bidang kuasa. – HARAKAHDAILY 27/6/2024

- Advertisement -