Program pulih sawah terbiar keluar hasil

- Advertisement -

KOTA BHARU: Program pemulihan sawah terbiar yang giat dijalankan kerajaan negeri kini membuah hasil apabila penanaman padi di Lubuk Bongor, Jeli dituai semalam.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi negeri, Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, bendang tersebut terbengkalai sejak lima tahun lalu berjaya dipulihkan.

Katanya, kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sebanyak RM145,000 bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan tahun lepas.

“InsyaAllah peruntukan pemulihan sawah terbaiar tahun 2024 akan ditumpu di kawasan sekitar Machang dan Tumpat,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Menurutnya juga program pemulihan tanah terbiar dilaksanakan Jabatan Pertanian Kelantan.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya pertandingan lembu hibrid sado akan diadakan di Pantai Irama Bachok pada 4 hingga 8 Julai ini.

Katanya, sebanyak 280 ekor lembu hibrid sado dari empat negeri akan menyertai program berkenaan yang dianjur dengan kerjasama Persatuan Jurusuntik Permanian Beradas Kelantan (PJPBK).

Pertandingan itu bertema ‘Hari Ini Pembiakan Esok Masa Hadapan’ turut diadakan plbagai acara menarik termasuk festival makanan. – HARAKAHDAILY 27/6/2024

- Advertisement -