Kilang BlackRock di Kedah, Kelantan? Sila senaraikan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad diminta menyenaraikan nama-nama kilang milik BlackRock Inc yang didakwanya terdapat di Kedah dan Kelantan.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggesa demikian pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Katanya, beliau sendiri pun tidak tahu sama ada kilang milik BlackRock Inc itu terdapat di Kedah atau tidak.

“Pandangan saya ini mungkin salah dan mungkin juga betul. Saya tak tahu ada atau tidak kilang ini. Dia (Nazmi) kata ada, kilang apa?

“Kalau betul ada, mungkin ketika kilang itu dibangunkan adakah waktu itu berlaku pembunuhan beramai-ramai di Palestin? Orang ramai pun tidak tahu apa itu BlackRock, jadi isu itu tidak timbul.

“Itupun kalau ada kilang tu, kalau tak ada tak ada macam mana. Pi tanya dia (Nazmi) balik,” tegas Sanusi.

Isnin lalu, Nazmi telah mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk menutup semua kilang milik BlackRock Inc di Kedah dan Kelantan, di mana dua daripada empat negeri yang dipegang oleh PN.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar itu diminta Sanusi mengemukakan undang-undang apakah digunakan untuk menutup kilang.

“Orang nak buka kilang, dia nak suruh tutup kilang. Menteri apa ni? Orang nak kerja. Apa pula cabar tutup patut cabar negeri buka lebih banyak kilang,” bidas ADUN Jeneri itu lagi.

Mengulas lanjut kata Sanusi, beliau berpandangan hal itu cuba dimainkan oleh Menteri Kerajaan Madani itu, lebih kepada untuk mengalih pandangan rakyat berikutan tekanan berat yang dihadapi khususnya oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini.

“Yang dipertikai mengenai BlackRock ini adalah Airport (lapangan terbang, bukan sektor lain seperti pasaran modal atau pembuatan. Lapangan terbang adalah aset kritikal kerana ia adalah pintu masuk ke negara ini,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 27/6/2024

- Advertisement -