Jual saham MAHB langgar konsistensi perjuangan isu Palestin

Ahmad Tarmizi Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) adalah satu perkara yang sangat melanggari konsistensi semua pihak dalam perjuangan isu Palestin.

- Advertisement -

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yakin bahawa isu tersebut telah bertentangan dengan pendirian tegas dan polisi semua pihak untuk tidak mengadakan sebarang hubungan dagang bersama Israel.

“Ucapan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan dalam persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Januari lalu dilihat tegas dan konsisten untuk terus mengatakan kezaliman zionis Israel itu perlu diberhentikan dan pelanggaran hak asasi manusia tidak boleh lagi dikompromi.

“Namun demikian itu di luar pentas dunia, tetapi kita di Malaysia ada kejanggalan, kepelikan, langkah tersembunyi dan langkah rahsia khususnya dalam tindakan ekonomi domestik iaitu penjualan saham dan aset strategik yang nampaknya sekarang ini menjadi perkara besar dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Oleh demikian, Ahmad Tarmizi mempersoalkan adakah pihak MAHB dan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) merujuk kepada kementerian ketika mana langkah mereka menjual saham kepada GIP, BlackRock Inc.

“Kalau ada rujukan itu minta diberi perincian, termasuk bagaimana Kementerian Luar Negeri menangani persepsi buruk di peringkat antarabangsa oleh kerana kita telah pun melanggari konsistensi dalam memperjuangkan isu Palestin ini,” katanya.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, berkata majlis PBB merupakan satu platform penting yang dapat kerajaan gunakan supaya penindasan dan pencabulan hak asasi manusia terhadap Palestin itu diberhentikan.

“Apabila pesuruhjaya tinggi PBB mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur, dan pertemuan bersama Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri untuk menyampaikan pendirian dan pandangan bahawa platform itu harus digunakan sebaik-baiknya.

“Hal ini bagi memastikan resolusi yang telah diluluskan oleh Majlis Hak Asasi Manusia dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya iaitu memastikan penindasan pencabulan hak dan genjatan senjata dihentikan serta-merta.

Namun begitu, jawapan lisan yang diberikan itu tidak begitu memuaskan Tarmizi malah diminta untuk jawab secara bertulis.

Perkara itu juga turut dibangkitkan oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta jawapan timbalan menteri tersebut perlu dibantah oleh Umno yang pada ketika itu Dato’ Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) ingin mengajukan soalan tambahan. – HARAKAHDAILY 27/6/2024