Hujah logik dalam wahyu Allah

- Advertisement -

ANTARA alasan mengapa orang Kristian menganggap Nabi Isa sebagai anak Tuhan adalah kerana baginda lahir tanpa ayah.

Allah menjawab hujah tersebut, sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam.

Nabi Adam tiada ibu dan ayah. Seorang ibu ini mempunyai kilang atau tempat nak melahirkan anak.

- Advertisement -

Namun, Nabi Adam tiada ibu dan ayah, tiba-tiba wujud. Mana satu lebih hebat kejadiannya kalau kita fikir dari segi logik akal?

Mengapa mereka tidak menjadikan Nabi Adam sebagai Tuhan? Mengapa mereka tidak menyembah Nabi Adam?

Sedangkan Nabi Adam lebih hebat dari segi kejadiannya. Jadi, kita boleh menggunakan hujah ini ketika berdepan dengan orang Kristian.

Kalau kita memahami perkara ini, kita tidak akan berasa pelik dengan pegangan Kristian itu kerana Allah mendatangkan hujah yang lebih pelik lagi.

Inilah yang dinamakan sebagai ‘logical argument’ yang Allah datangkan dalam bentuk wahyu, tetapi rasional.

Inilah hujah ‘aqli. Al-Quran dan hadis kedua-duanya mempunyai hujah naqli dan ‘aqli.

Ada logik pada kedua-duanya. Mengapa kita duk kalut dan mencari yang lain?

إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ ٱللَّهِ كَمَثَلِ ءَادَمَ ۖ خَلَقَهُۥ مِن تُرَابٍۢ ثُمَّ قَالَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. (Surah Ali ‘Imran 3:59) – HARAKAHDAILY 27/6/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -