Sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis

- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis akan mengadakan sambutan besar-besaran sempena 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada tahun depan.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, sambutan Jubli Perak itu akan diadakan pada 17 April 2025.

“Sambutan ini bersambungan dengan sambutan hari jadi Tuanku pada 17 Mei,” katanya pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menurut Mohd Shukri, satu jawatankuasa sambutan telah dibentuk dan dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Katanya, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan.

“InsyaAllah, minggu hadapan kita akan adakan mesyuarat pertama, penuh,” tambahnya.

Mohd Shukri juga berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mempersilakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Negeri untuk hadir dalam Majlis Sambutan Jubli Perak itu.

“Kita juga insyaAllah akan mengeluarkan buku sempena Jubli Perak ini, yang akan merangkumi sejarah Tuanku mentadbir negeri ini selama 25 tahun.

” InsyaAllah, pelbagai acara lain juga akan diadakan untuk memeriahkan sambutan ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/6/2024

- Advertisement -