Wimbledon 2024 tawar hadiah wang tunai £50 juta 

Juara perseorangan lelaki Wimbledon 2023, Carlos Alcaraz. (FOTO: ATP Tour)
- Advertisement -

PARIS: Kejohanan Grand Slam tenis tertua, Wimbledon pada tahun ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai yang meningkat kepada rekod £50 juta (RM297 juta).

Kelab All England yang mengumumkan mengenai perkara itu dalam portal Wimbledon.com berkata, hadiah wang tunai yang ditawarkan untuk kejohanan tenis Wimbleson 2024  ialah peningkatan 11.9 peratus berbanding pada tahun  lepas.

- Advertisement -

Kejohanan ketiga daripada empat Grand Slam yang yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 14 Julai ini di All England Lawn Tennis and Croquet Club di Wimbledon, London, England menyaksikan Carlos Alcaraz dan Markéta Vondroušová sebagai penyandang juara, masing-masing dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.

Pengerusi Kelab All England, Deborah Jevans berkata, johan dan naib juara perseorangan lelaki dan wanita pada tahun ini masing-masing bakal menerima hadiah kemenangan wang tunai £2.7 juta dan £1.4 juta. 

“Hadiah wang tunai pusingan pertama untuk pertandingan perseorangan ditetapkan pada £60,000, dan meningkat kepada £93,000 pada pusingan kedua.

“Seterusnya ia meningkat kepada £143,000 paun dalam pusingan ketiga sebelum mencecah £375,000 paun pada suka akhir; dan £715,000 menjelang separuh akhir,” katanya.

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, jumlah hadiah wang tunai dalam kejohanan Wimbledon telah meningkat dua kali ganda, daripada £25 juta pada 2014 kepada £50 juta pada 2024.

“Dengan Kejohanan tahun ini hanya tinggal beberapa hari lagi, saya berbesar hati untuk mengumumkan dana wang hadiah rekod sebanyak £50 juta, dengan peningkatan untuk pemain dalam setiap pusingan dan merentasi setiap acara,” katanya.

Selain Alcaraz, Wimbledon 2024 akan menampilkan Jannic Sinner; pemenang tujuh kali Novak Djokovic, serta Alexander Zverev, Daniil Medvedev, Andrey Rublev, Stefanos Tsitsipas dan ramai lagi, dengan undian bagi acara perseorangan akan dilakukan pada Jumaat, (28 Jun) ini. – HARAKAHDAILY 25/6/2024

- Advertisement -