RUU Insurans Pekerjaan perlu perluas skop perlindungan

Rushdan Rusmi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia dicadangkan untuk memperluaskan cakupan atau skop perlindungan berbanding pekerjaan formal kepada pekerja sementara, kontrak atau bekerja sendiri yang sebelum ini tidak dilindungi undang-undang.

- Advertisement -

Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) berkata, ini berikutan, pindaan Rang Undang-undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan hanya akan memberi perlindungan kepada pekerja formal yang kehilangan pekerjaan, upah dan manfaat lain akibat pengangguran sejak tahun 2017.

“RUU ini dicadangkan untuk pindaan seharusnya mampu memperbaiki dan menyesuaikan undang-undang dengan perubahan sosioekonomi, keperluan pekerja dan struktur pasaran kerja,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Selain itu, menurutnya berkenaan pindaan RUU itu sangat penting sekiranya tadbir urus Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mampu untuk ditingkatkan kecekapan dalam pengurusan dan penyampaian manfaat serta memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada pekerja dalam menggunakan manfaat yang disediakan.

Dalam pada itu, ujarnya, pindaan RUU itu juga perlu diluaskan manfaatnya termasuk aspek program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula khususnya untuk menjamin hak dan kebajikan pekerja gig serta pekerja sektor yang tidak formal yang ingin beralih kepada sektor formal.

“Pada masa sama memperluaskan peluang kepada laluan pembelajaran sepanjang hayat dalam kemahiran mikro credential (tauliah) yang ingin dipelajari selain dalam program dana padanan caruman ekonomi gig platform.

“Pindaan RUU ini seharusnya meningkatkan pematuhan majikan terhadap kewajipan sumbangan serta memperkuatkan proses penguatkuasaan undang-undang yang lebih sistematik bagi pematuhan yang lebih baik,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 25/6/2024

- Advertisement -