MPWN, MPWP perkasakan potensi diri wanita

- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Perundingan Wanita Negeri (MPWN) dan Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP) perlu dijadikan platform untuk memperkasa potensi golongan wanita di semua peringkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata, MPWN dan MPWP bukan sekadar untuk melengkapkan pelaksanaan Pelan Strategik di atas kertas semata-mata, namun menjana hasil yang terbaik untuk ummah.

- Advertisement -

“Penglibatan golongan wanita membangun ekonomi keluarga tidak dapat dinafikan lagi sehingga ada dalam kalangan mereka berjaya dalam bidang keusahawanan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Bengkel Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi (KPO) MPWP bagi siri ke-3 tahun 2024 ,di sini, semalam, yang melibatkan peserta dari Parlimen Rantau Panjang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Wanita Kelantan merupakan ‘tongkat serandang’ bagi negeri ini kerana mereka menjadi pemain utama untuk mewujudkan kemakmuran dalam pembangunan sosial dan ekonomi di Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/6/2024

- Advertisement -