Adakah perlu pinda kadar elaun cari pekerjaan?

Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan adakah masih rasional lagi Pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) kerana negara masih dalam fasa peralihan daripada pandemik kepada endemik.

- Advertisement -

Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) turut meminta kerajaan berpandangan adakah perlu bagi meminda kadar elaun mencari pekerjaan bagi bulan keenam ke atas.

Katanya, pindaan itu seperti mana yang terdapat dalam jadual ketiga perenggan satu di dalam akta tersebut.

“Persoalannya apakah pelan tindakan semasa daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada mereka yang masih dalam proses mendapatkan pekerjaan melebihi tempoh enam bulan?” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fakhruddin, juga ingin mengetahui kadar peratusan daripada nilai gaji itu.

“Adakah akan melalui proses penilaian semula supaya diselaras seiring dengan peningkatan kos sara hidup dan keperluan semasa yang tinggi pada ketika ini.

“Saya juga ingin mengetahui berapa peratus daripada penerima Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ini untuk mendapatkan semula pekerjaan selepas daripada tempoh enam bulan,” katanya.

Beliau turut ingin mendapatkan jawapan daripada kementerian berkenaan statistik mereka yang memperolehi elaun fi latihan, upskilling dan reskilling setakat hari ini.

“Apakah kerajaan bercadang jumlah fi latihan dalam jadual tiga ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/6/2024

- Advertisement -