BlackRock : Kedaulatan Malaysia dan Palestin

- Advertisement -

ISU kedaulatan negara sekali lagi diperbincangkan dengan hangat. Isu BlackRock yang melibatkan kontroversi penglibatan firma ini dalam sektor kritikal negara, termasuk pengurusan lapangan terbang melalui Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Timbul keresahan tentang potensi penggadaian aset negara kepada syarikat asing pro-Zionis, serta persoalan tentang kejujuran dan ketelusan kerajaan dalam urus niaga ini.

- Advertisement -

Rakyat Malaysia telah berjuang menjangkau lebih 250 hari sejak bermula pembantaian Israel ke atas Palestin pada akhir 2023 yang lalu.

Perjuangan rakyat meliputi kempen media sosial, diskusi dan usaha boikot syarikat berkait atau syarikat yang menyokong perjuangan negara haram tersebut.

Boikot ekonomi ini begitu konsisten tanpa mengira darjat dan kepentingan sehingga syarikat-syarikat tersebut telah mencatatkan kerugian signifikan.

Namun, perjuangan rakyat ini telah dikhianati oleh Kerajaan yang ada. Hanya dengan hujah ekonomi, segala prinsip persaudaraan telah diperdagangkan.

Lebih menyedihkan, kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri yang sering menjual nama Palestin sebagai keutamaan namun akhirnya, mengkhianati perjuangan rakyat Malaysia umumnya dan perjuangan suci Palestin khususnya. Semuanya hanya atas nama ekonomi dan perdagangan.

Jelas, Tindakan PM telah mecalarkan dasar luar Malaysia sejak sekian lama untuk tidak bersekongkol dengan Yahudi Zionis.

Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia) menuntut agar pihak Kerajaan bertanggungjawab membina keyakinan dunia dengan tidak tunduk pada telunjuk Amerika Syarikat dalam isu “two state solutions” dan terus konsisten dalam perjuangan Palestin.

Isu Palestin bukan bahan meraih sokongan politik dan populariti dalam kalangan rakyat Melayu-Islam di Malaysia.

“JANGAN DAGANGKAN MALAYSIA DAN DARAH SAUDARA KITA”

Mohammad Rosharizan Bin Mohd Rozlan
Pengerusi
Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia) – HARAKAHDAILY 24/6/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -