Abg Abidin dapat sokongan padu penduduk tempatan

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap bakal menjadi medan penting untuk rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap isu-isu semasa yang menjejaskan kehidupan seharian.

- Advertisement -

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Abidin Ismail (Abang Abidin)  mendapat sokongan kuat daripada penduduk tempatan yang mengenali beliau sekian lama.

Seorang pengundi, Khalid Saad, 74, berkata, Abang Abidin adalah seorang yang sangat dikenali dan dihormati oleh masyarakat setempat.

“Kami kenal lama dengan dia, sebab dia mengikuti perjuangan Allahyarham Abang Zam. Abang Abidin memang orang tempatan dan sangat disukai oleh penduduk sini,” katanya.

Khalid juga mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Abang Zam yang sering kali menggunakan motorsikal untuk bergerak dan berhubung dengan penduduk.

“Dia selalu berjuang untuk isu-isu tempatan, termasuk masalah bekalan air di Taman Widuri Sungai Duri yang berlarutan selama bertahun-tahun,” tambahnya.

Masalah bekalan air itu merupakan salah satu isu yang sangat mendesak di kawasan itu dan kehadiran Abang Abidin sebagai calon dilihat sebagai harapan baru untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Dia sangat prihatin dengan masalah bekalan air dan kami percaya dia mampu membawa perubahan yang diperlukan,” katanya lagi.

Ujar beliau, penduduk Sungai Bakap diseru untuk mempertimbangkan pencapaian dan jasa-jasa calon yang pernah berkhidmat dengan baik kepada mereka.

“Kita minta rakyat Sungai Bakap kekal undi PERIKATAN NASIONAL, untuk menyambung legasi perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Abang Zam.

“InsyaAllah, Abang Abidin akan membawa suara dan kebajikan rakyat ke Dewan Undangan Negeri,” ujar Khalid bersemangat menanti pengundian PRK Sungai Bakap pada 6 Julai akan datang. – HARAKAHDAILY 22/6/2024

- Advertisement -