Rushdan usahakan seramai mungkin sertai korban

- Advertisement -

PADANG BESAR: Dalam usaha memastikan seramai mungkin penduduk dapat menyertai ibadah korban, Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi berusaha mendapatkan harga mampu milik bagi setiap bahagian korban.

- Advertisement -

Menerusi program Korban Marhaen, membolehkan 70 peserta di kalangan penduduk dalam negeri dari kalangan kurang berpendapatan dapat menyertai ibadah korban dengan kos yang mampu.

“Menerusi program ini, kita berjaya mengumpulkan penyertaan bagi 10 ekor lembu,” katanya yang berjaya mendapat setiap bahagian dengan kadar RM650 di kala harga ternakan itu semakin meningkat.

Program dengan kerjasama Dewan Perdagangan Islam Malaysia Negeri Perlis dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini dilaksanakan di pekarangan Masjid Solahuddin Al Ayyubi, di sini kelmarin.

Pengagihan daging korban bagi 10 ekor lembu ini juga kepada kalangan penduduk dan asnaf miskin, fakir serta lain-lain turut berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan program korban tahun ini. InsyaAllah, tahun depan kami akan usahakan agar lebih banyak lokasi yang akan mendapat bahagian,” tambah Rushdan.

Program itu bukan sahaja membantu memudahkan penyertaan penduduk dalam ibadah korban tetapi juga memupuk semangat kerjasama dan keperihatinan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, pihaknya turut menyumbangkan dua ekor lembu kepada Markas PAS Dato’ Kayaman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, manakala seekor kerbau kepada anggota tentera di Kem 30 Briged Mata Ayer. – HARAKAHDAILY 20/6/2024

- Advertisement -