Persatuan OKU turut sertai korban perdana

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil mengorbankan lapan ekor lembu sempena Majlis Korban Perdana DUN itu.

- Advertisement -

ADUN Guchil, Hilmi Abdullah berkata, sambutan program ibadat korban peringkat DUN itu tahun ini di luar jangkaan.

Katanya, program berkenaan yang disertai sukarelawan Skuad Bantu Kuala Krai dan Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Negeri Kelantan (MPPOK) di mana masing-masing menyumbang seekor lembu.

Manakala DUN Guchil menyediakan sebanyak enam ekor lembu.

“Terima kasih kepada semua yang sudi hadir bagi menjayakan lagi program korban perdana tahun ini.

“Sambutan dan kedatangan orang ramai tahun ini di luar jangkaan pihak urusetia penganjur dan insya-Allah tahun depan kita tambah baik lagi,” katanya pada catatan di laman sosialnya semalam.

Program Korban Perdana DUN Guchil diadakan di Wadi Purnama, Bechah Salak, Kuala Krai.

Sempena program itu seramai 430 penduduk menerima agihan daging korban yang disampaikan Hilmi. – HARAKAHDAILY 20/6/2024

- Advertisement -