Giatkan usaha sokong transisi teknologi ZEV

Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dicadangkan perlu terus menggiatkan usaha menyokong transisi kepada teknologi kenderaan tanpa pelepasan karbon (ZEV).

Ketua Portfolio Pengangkutan Perikatan Nasional, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, ini rentetan dari pelancaran nama dan logo jenama EV baharu Proton, e.MAS di Pusat Kecemerlangan Proton tempoh hari.

- Advertisement -

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, jualan ZEV pada tahun 2023 mencecah 13,257 unit, iaitu peningkatan melebihi 400 peratus berbanding 3,127 unit yang terjual pada tahun 2022. 

“(Keduanya) kerajaan perlu menyokong usaha mempertingkatkan keupayaan pengeluar kereta tempatan untuk mengeluarkan kereta ZEV mampu milik kepada semua lapisan rakyat.

“(Cadangan ketiga ialah) Kerajaan juga perlu mempertimbangkan liberalisasi munasabah bagi membolehkan lebih banyak pengeluar kereta membawa masuk kereta ZEV untuk pasaran Malaysia dan menawarkan kenderaan ZEV dengan harga yang lebih kompetitif,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, cadangan Perikatan Nasional kepada kerajaan yang keempat untuk memastikan kereta EV makin berkembang di Malaysia iaitu perlu memperkukuhkan keseluruhan ekosistem ZEV melalui sokongan kepada pemain-pemain industri hijau.

“(Antaranya) seperti memberikan potongan rebat kepada pembekal teknologi yang menyokong ZEV contohnya syarikat pembekal pengecasan elektrik, sistem elektrik solar.

“Serta pengeluar bateri yang mesra alam serta akhirnya membolehkan teknologi hijau lebih mudah dan murah untuk dinikmati oleh rakyat.

“Perikatan Nasional ingin mengucapkan tahniah kepada Proton kerana telah membuka lembaran baru bagi kereta EV di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/6/2024

- Advertisement -