Disenaraikan sebagai organisasi pengganas: Iran kecam Kanada 

Iran menolak dakwaan Barat bahawa pasukan elit, Kor Pengawal Revolusi Islam adalah organisasi pengganas. (FOTO: Tehran Times)
- Advertisement -

TEHRAN: Iran mengecam tindakan Kanada yang menyenaraikan pejuang Kor Pengawal Revolusi Islam Iran sebagai organisasi pengganas.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani dipetik sebagai berkata oleh agensi berita separuh rasmi Fars pada hari ini, Khamis (20 Jun) berkata, keputusan Kanada adalah ‘langkah yang tidak bijak dan tidak konvensional bermotifkan politik’.

- Advertisement -

“Tindakan Kanada tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas kuasa sah dan menghalang Kor Pengawal Revolusi Iran,” kata Kanaani, sambil menambah bahawa Tehran berhak untuk bertindak balas sewajarnya terhadap penyenaraian yang dilaksanakan Kanada itu.

Terdahulu, pada semalam Rabu (19 Jun), Ottawa menyenaraikan Kor Pengawal Revolusi Iran sebagai organisasi pengganas, satu langkah yang boleh membawa kepada penyiasatan bekas pegawai kanan Iran yang kini menetap di Kanada.

Amerika Syarikat mengambil langkah yang sama pada tahun 2019 terhadap Kor Pengawal Revolusi Iran, yang didakwa negara Barat menjalankan kempen pengganas global.

Tehran menolak dakwaan sedemikian, mengatakan bahawa pasukan elit itu adalah institusi berdaulat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan Iran. – HARAKAHDAILY 20/6/2024

- Advertisement -