10 lembu korban disumbang orang ramai

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pusat Khidmat DUN Panchor memanfaatkan hari terakhir sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengorbankan 10 ekor lembu.

- Advertisement -

Program Korban Perdana itu diadakan di Kompleks Tarbiah Panchor (KOMTAR), dekat sini hari ini.

ADUN Panchor, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, seramai 600 penduduk yang terdiri daripada golongan asnaf dan petugas korban perdana menerima sumbangan daging korban.

Katanya, mereka terdiri daripada 20 orang daripada setiap cawangan PAS menerima sumbangan daging korban seberat sekilogram setiap seorang.

“Seramai 100 petugas juga turut menerima sumbangan berkenaan. Alhamdulillah pemimpin peringkat cawangan termasuk penghulu mukim bekerjasama mencari penerima yang layak.

“Kita juga bersyukur kerana lembu yang dikorbankan hasil sumbangan orang ramai,” ujarnya ketika ditemui pada program tersebut.

Bagaimanapun beliau menganggarkan enam daripada 10 ekor lembu tersebut berharga lebih RM10,000, manakala empat ekor lagi purata harga sekitar RM7,000 hingga RM8,000.

Program terbabit bermula jam 8.45 pagi dan selesai selepas solat Zohor. – HARAKAHDAILUY 20/6/2024

- Advertisement -