Lebih 500 keluarga terima daging korban

- Advertisement -

SANDAKAN: PAS Kawasan Libaran telah berjaya mengorbankan lima ekor lembu pada tahun ini sempena program korban berkelompok di Kampung Sungai Obar, dekat sini semalam.

- Advertisement -

Proses sembelihan yang bermula sekitar 7.00 pagi dengan penglibatan petugas daripada ahli PAS kawasan dengan kerjasama Komuniti Kampung Sungai Obar, Sandakan.

Yang Dipertuanya, Abdul Wahid Mohd Rafi berkata, program itu adalah acara tahunan PAS kawasan sempena Aidiladha.

“Alhamdulillah, saban tahun PAS Kawasan Libaran terus berperanan menjadi sebuah entiti yang menguruskan program ibadah korban buat peserta yang ingin melaksanakan ibadah korban sekali gus membantu dalam proses agihan daging buat golongan yang memerlukan khusus di kawasan Libaran ini.

“Ibadah korban ini juga mengajar kita untuk bersedekah khususnya saudara se-Islam kita,” ujarnya.

Tambahnya, sekitar pukul 6:30 petang agihan daging selesai diedarkan kepada lebih 500 keluarga asnaf di sekitar kawasan parlimen Libaran.

Selain itu, beliau juga turut merakamkan penghargaan buat semua petugas di atas kerjasama dan sokongan dalam memastikan program tersebut berjalan lancar.

Di SEMPORNA, ibadah korban anjuran PAS Kawasan bersama masyarakat Kampung Tonggulangan, semalam sempena Hari Raya Aidiladha membuktikan ketaatan perintah Allah SWT.

Yang Dipertuanya, Abdul Jalal Ujoh berkata, peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail membawa pengajaran sangat besar kepada umat Islam.

“Sabar ketika menerima ujian dan ikhlas dalam pengorbanan adalah kunci jadi hamba yang berjaya kepada Allah SWT,” ujar beliau.

Program korban yang melibatkan penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa masjid itu Berjaya memupuk semangat kerjasama sekali gus mengeratkan siraturahim dalam kalangan petugas korban.

Hasil penyertaan tujuh bahagian ibadah korban itu mampu menyediakan seekor lembu dan sebanyak 46 pek daging korban telah diagihkan kepada golongan asnaf. – HARAKAHDAILY 19/6/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!