Titip doa buat saudara seagama di Gaza

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud menasihati rakyat Kelantan supaya terus menitipkan doa kepada saudara seagama di Semenanjung Gaza.

- Advertisement -

Katanya sambutan Hari Raya Korban tidak membuatkan umat Islam di Malaysia melupai nasib rakyat Palestin yang masih berjuang membebaskan Masjid al Aqsa berlaku sejak 10 bulan lalu tanpa henti.

“Semoga Allah terima ibadah korban kita semua, dan memaknai maksud ibadah korban dalam kehidupan seharian kita. Adik kakok ‘jemeleh’ (sembelih) korban alik mano di mana hari ini?

“Jangan lupa titipkan doa buat teman kita di Gaza,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.

Media antarabangsa sebelum ini melapor serangan demi serangan yang dilaksanakan menyaksikan sekurang-kurannya lebih 40 penduduk Palestin terbunuh termasuk bayi dan kanak-kanak.

Bahkan kerajaan Netannyahu turut bertindak zalim apabila menyekat 2,500 penduduk Palestin daripada menunaikan ibadah haji di Makkah gara-gara serangan berterusan oleh reJim Zionis.

Laluan Rafah yang menghubungkan Gaza dan Mesir ditutup yang turut menjejaskan usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan yang hendak disampaikan. – HARAKAHDAILY 18/6/2024

- Advertisement -