Korban Perdana eratkan PAS dengan masyarakat

- Advertisement -

KALABAKAN: Korban Perdana merupakan salah satu ruang untuk PAS menjalin hubungan yang baik dengan penduduk kampung.

- Advertisement -

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kalabakan, Razman Roslee, dengan keterlibatan ahli, peserta korban serta penduduk sekitar, program dapat dilaksanakan dengan baik serta mengeratkan lagi hubungan antara PAS dengan masyarakat setempat.

“Program ini bertujuan mendidik masyarakat agar sentiasa bersedia berkorban harta dan tenaga untuk menjunjung syariat Allah dalam menjalankan ibadah korban di samping memupuk nilai-nilai kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat.

“Saya berharap, semoga kesedaran untuk melibatkan diri dalam program ibadah korban seperti ini akan terus subur supaya dapat memberi manfaat yang besar kepada masyarakat umum,” katanya yang juga ketua penyelaras program ketika ditemui selepas majlis itu.

Program anjuran PAS Kalabakan dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Nurul Huda, Kampung Airport Lama, Tawau itu telah dilaksanakan semalam dengan penuh meriah.

Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norjanah JamJam, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri, Kamran Muhamad Bahron, Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan, Warnidah Jefrey dan Pengerusi Surau Nurul Huda, Zain Malek.

Ahli jawatankuasa surau, Haris Abdurachim melahirkan rasa seronok bekerjasama dengan PAS dalam program pada kali ini.

“Setiap tahun kami selalu bekerjasama dengan pihak lain semasa melaksanakan ibadah korban ini.

“Pada tahun ni, kami berpeluang bekerjasama dengan PAS dan pihak kami sangat meraikan PAS sebagai penganjur bersama pada kali ini serta berharap kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang,” ujarnya.

Katanya, daging korban turut diedar kepada mualaf, miskin tegar, anak yatim dan ibu serta bapa tunggal.

Sebanyak 16 ekor haiwan korban yang terdiri daripada lembu, kerbau dan kambing telah disembelih pada majlis yang diuruskan oleh penganjur. – HARAKAHDAILY 18/6/2024

- Advertisement -