Perutusan Aidiladha 1445H Menteri Besar Perlis

- Advertisement -

PENGORBANAN sebenar perlulah kita hayati bersama dari perjalanan sirah para Rasul. Bermula dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS sewaktu kisah agung antara baginda dengan anaknya Nabi Ismail AS. Kisah agung inilah yang menjadi panduan buat umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban ini.

Kita wajib juga menghayati sirah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyampaikan Islam. Bermula dengan bilangan yang kecil akhirnya Rasulullah SAW diberi amanah yang paling besar dalam memimpin dunia. Begitulah dakwah, walaupun pada awal kita menyampaikan Islam pasti dan pasti akan ada golongan yang tidak selesa dengannya.

- Advertisement -

Alhamdulillah. Tekad Kerajaan negeri dalam kempen Hayya Ala Solah adalah tidak lain mengajak seluruh masyarakat khususnya rakyat muslim negeri Perlis untuk dekat kepada pencipta-Nya.

Saya yakin usaha kecil ini walaupun belum ‘popular’ di kalangan rakyat Perlis namun ia pasti akan berjaya kelak. Ini adalah satu proses. Saya mengimpikan rakyat negeri ini yang mengutamakan solat dari segalanya. Bermula dengan solat, Allah pasti akan memberkati kehidupan kita. Allah akan mengurniakan sesuatu nikmat yang kita tidak jangka buat negeri yang penuh barokah ini.

Semoga Allah terus memandu kehidupan kita semua. Insya-Allah.

Saya MOHD SHUKRI BIN RAMLI mewakili Kerajaan negeri Perlis mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1445H buat semua khususnya rakyat negeri Perlis yang saya kasihi ini.

MOHD SHUKRI RAMLI
Menteri Besar Perlis
Pengerusi Perikatan Nasional Perlis
Pesuruhjaya PAS Perlis
ADUN Sanglang – HARAKAHDAILY 17/6/2024

- Advertisement -