Amaran hujan lebat, ribut petir di setiap negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara pada hari ini, 17 Jun 2024. (FOTO: Facebook/MetMalaysia)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh negeri termasuk wilayah sehingga 6 petang hari ini, Isnin (17 Jun).

Agensi itu memaklumkan, amaran tersebut melibatkan seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

- Advertisement -

Selain itu, turut berlaku di Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).

“Kawasan di Johor yang turut terlibat adalah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi); Sarawak di Kuching (Bau dan Kuching), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara itu, Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/6/2024

- Advertisement -