Pemain KDN FC perlu kurangkan kesilapan

Park Jaehong
- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jaehong berharap barisan pemainnya mengurangkan kesilapan mudah bagi aksi pusingan 16 Piala FA 2024 menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

- Advertisement -

Katanya, berdepan JDT bukan tugas mudah memandangkan lawan merupakan pasukan yang serba lengkap dari segenap posisi bermula dari serangan hingga penjaga gol.

Menurutnya, umum mengetahui tentang pasukan Harimau Selatan itu, bagaimanapun kesilapan mudah mesti dielakkan.

“Saya mahu barisan pemainnya tidak mudah berputus asa serta sentiasa bekerja keras pada 90 minit masa perlawanan supaya berjaya memberi saingan kepada juara bertahan itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut beliau, KDN FC perlu memberikan tentangan sengit kepada lawan dan sentiasa berwaspada dengan pihak lawan.

Ujarnya, setiap peluang terhidang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan KDN FC mampu membutirkan sesuatu pada aksi itu nanti.

“Pemain kena yakin mereka ada kualiti. Jangan takut dengan kekuatan pasukan lawan walaupun sedar pemain JDT FC berkualiti tinggi,” katanya.

Jaehong berkata, beliau mahu barisan pemain tidak membenarkan lawan menjaringkan gol dengan mudah pada aksi itu nanti. – HARAKAHDAILY 15/6/2024

- Advertisement -