Abidin Ismail diumum calon PN PRK Sungai Bakap

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Abidin Ismail, 56 tahun, diisytiharkan sebagai calon PERIKATAN NASIONAL (PN) yang bakal membawa cabaran untuk mengekalkan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 DUN Sungai Bakap.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man membuat pengumuman tersebut pada Majlis Pengisytiharan Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) PRK Sungai Bakap di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini sebentar tadi.

Abidin lahir pada 7 Disember 1968 merupakan anak jati Sungai Bakap yang dilahirkan di Kampung Sungai Duri, malah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri dan pendidikan menengan di Sekolah Tun Syed Sheh Barakbah.

Beliau selama 30 tahun berpengalaman bekerja sebagai Eksekutif Logistik di USG Sdn Bhd, merupakan Pembantu Peribadi kepada ADUN Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia 24 Mei lalu.

Beliau juga merupakan Naib Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal di mana Allahyarham Nor Zamri adalah Yang Dipertuanya, selain Abidin juga adalah Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Sungai Bakap.

Dalam jawatan kemasyarakatan, beliau merupakan Pengerusi Masjid Sungai Duri dan di dalam ucapan sulungnya, beliau berikrar meneruskan legasi Nor Zamri atas pengalaman pernah ditimbanya daripada Almarhum. – HARAKAHDAILY 15/6/2024

- Advertisement -
- Advertisement -