SRIAF ketiga bola sepak bawah 12 MSS Perlis

- Advertisement -

ARAU: Sekolah Rendah Islam Al Furqan (SRIAF) berjaya meraih tempat ketiga pada Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) tahun ini.

- Advertisement -

Pasukan itu terdahulu muncul johan dalam saingan peringkat kumpulan J, seterusnya mara ke pusingan kedua dengan berada dalam 16 pasukan terbaik terbaik, sebelum ke suku akhir.

SRIAF bagaimanapun terkandas di separuh akhir kepada pasukan juara edisi kali ini iaitu Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, sekali gus melayakkan berada di tempat ketiga bersama Sekolah Kebangsaan Utan Aji.

Guru pengiring, Mohd Saiful Akmar berkata, pencapaian tersebut membuktikan kemampuan SRIAF mencapai prestasi terbaik sepanjang tahun ini sejak penyertaan pertama mereka pada 2018.

Menurut beliau, ia merupakan penyertaan kali kedua SRIAF dan tewas kepada pasukan yang sama, setelah pertemuan kali terakhir dalam kejohanan Liga Tunas Perlis tahun lepas juga di peringkat separuh akhir.

Saiful juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada penaja utama Al Furqan FC iaitu Radix HPA yang terus memberi sokongan kepada pasukan itu sejak 2018.

Sebanyak 59 pasukan menyertai kejohanan yang berlangsung di empat lokasi iaitu padang Sekolah Kebangsaan (SK) Oran, SK Seri Indera, SK Kubang Gajah, dan SK Sena dari 11 hingga 13 Jun, semalam.

Selain SRIAF, Sekolah Rendah Islam At Taqwa (SRIAT) yang berada di bawah kelolaan PAS Negeri juga turut serta dalam pertandingan tersebut. – HARAKAHDAILY 14/6/2024

- Advertisement -