Selamat Hari Penderma Darah Sedunia

Ahmad Yunus Hairi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lajnah Kesihatan PAS mengucapkan selamat menyambut Hati Perderman Darah Sedunia pada hari ini menghargai adiwira negara yang menderma darah dan menganjurkan kempen derma darah.

Pengerusi Lanjah Kesihatan PAS, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata hari ini merupakan hari manifestasi bagi membangkitkan kesedaran dan menjadi salah satu tanggungjawab insan sebagai makhluk teristimewa yang dijadikan oleh Allah SWT. 

- Advertisement -

“Kita mempunyai peranan dan tanggungjawab menjaga kehidupan sejagat di atas muka bumi ini, mungkin dengan sedikit pengorbanan derma darah yang kita lakukan boleh menyelamatkan nyawa orang lain dan hargailah nikmat kesihatan. 

“Hari ini kita membuat kebaikan, Insya-Allah.. Allah akan memberikan kebaikan kepada kita pada masa akan datang. #Derma darah, ingat Palestin,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin menderma darah bagi mencukupkan bekalan kepada pesakit yang memerlukan.

Hari Penderma Darah Sedunia disambut pada 14 Jun setiap tahun yang bertemakan ‘Terima Kasih Penderma Darah’ pada tahun ini.

Tema ini diangkat bagi mengiktiraf pengorbanan penderma darah yang sentiasa menderma darah secara sukarela tanpa berbayar bagi memastikan bekalan darah mencukupi dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Penderma boleh menderma darah di mana-mana hospital atau tempat menderma darah mengikut tempat masing-masing, dan mereka layak menerima rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan secara percuma serta wad kelas dua dalam tempoh empat bulan bermula dari tarikh pendermaan darah.

Bekalan darah yang mencukupi, berkualiti dan selamat sangat penting bagi memastikan rawatan optimum dapat diberikan kepada pesakit yang memerlukan transfusi. – HARAKAHDAILY 14/6/2024

- Advertisement -