Peniaga kecil bukan T20, tauke besar

Mohd Shafie Ngah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) tidak boleh terlepas pandang kesusahan yang bakal dialami golongan peniaga kecil, yang selayaknya dibantu menggunakan kaedah lain yang lebih adil setelah membuat penyelarasan subsidi diesel yang bermula pada 10 Jun lepas.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohd Shafie Ngah berkata penyasaran subsidi diesel bakal memberikan tekanan yang besar kepada peniaga kecil yang tidak layak memohon Fleet Card Budi Madani kerana menggunakan kenderaan diesel seperti 4×4.

- Advertisement -

“Bantuan RM200 bagi peniaga kecil yang menggunakan satu-satunya kenderaan mereka untuk tujuan peribadi dan perniagaan tidaklah sebanyak mana untuk menampung jumlah baru kos diesel yang jauh lebih besar. 

“Kebanyakan peniaga kecil ini berhubung terus dengan pelanggan atau disebut sebagai Business To Consumer. Perniagaan mereka melibatkan urusan domestik seharian seperti pekebun kecil, pengusaha makanan atau penghantar barang yang menggunakan kenderaan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut  beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri  Sungai Ramal, peniga kecil bukan golongan T20 ataupun tauke besar.

“Namun (peniaga kecil) terpakas memiliki kenderaan tersebut untuk bekerja demi menyara keluarga. Mereka golongan tersepit yang tidak layak memohon Fleet Card dan bantuan tunai RM200 sangat tidak mencukupi.

“Mereka tidak boleh menaikkan harga sesuka hati. Namun kos logistik yang terpaksa diserap oleh mereka begitu tinggi ditambah lagi kos sara hidup lain yang semakin meningkat akibat caca marba ekonomi yang diurus Kerajaan Madani,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/6/2024

- Advertisement -