Kerajaan PH-BN: ‘Dengarlah suara rakyat’

Muiz Mahyuddin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat marhaen semakin merasa geram dengan tindak-tanduk Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dipimpin Perdana Menteri ke-10 (PMX), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.|

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Muiz Mahyuddin berkata, Kerajaan Madani seharusnya lebih prihatin kepada rakyat bawahan dengan mengelak melaksanakan dasar yang menekan dan menjerut mereka.

- Advertisement -

“Rakyat semakin seram dan geram dengan pengumuman-pengumuman daripada kerajaan hari ini. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan dasar-dasar yang dibawa oleh Kerajaan Madani.

“Dengarlah suara rakyat. Tidak terlewat memperbetulkan keadaan,” serunya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor dalam media sosial miliknya, hari ini.

Beliau berkongsi keadaan dialami rakyat marhaen yang sukar untuk mendapatkan barangan keperluan asas kerana duduk jauh di kawasan pedalaman seperti Kampung Orang Asli (KOA) Serigala, Hulu Bernam, di sini.

“(Mereka) perlu keluar jauh menuju kawasan kampung dan pekan untuk sampai ke kedai runcit apatah lagi pasar. Maka saya usahakan sumbangan barangan keperluan kepada 20 keluarga di Kampung Orang Asli Serigala.

“Namun, dalam era kos sara hidup terus meningkat ini, Tok Batin syor agar ditambah lagi sekali ganda kepada 40 sumbangan atas situasi yang makin memberi kesan kepada rakyat termasuk di pedalaman,” jelasnya.

Menurutnya lagi, penduduk yang kebanyakannya adalah penoreh dan melakukan kerja-kerja kampung memperolehi pendapatan tidaklah seberapa berbanding keperluan di zaman sekarang.

“Walaupun dengan sedikit bantuan diberi diharap dapat memberi sedikit kelegaan buat mereka, namun pihak kerajaan seharusnya lebih prihatin,” katanya – HARAKAHDAILY 14/6/2024

- Advertisement -