Colombia terima, rawat  kanak-kanak Palestin yang tercedera

Golongan kanak-kanak antara yangt ramai tercedera akibat serangan genosid Zionis Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 sehingga kini. (FOTO FAIL Reuters)
- Advertisement -

STOCKHOLM, Sweden: Kerajaan Colombia, pengkritik keras perang Israel di Gaza mengumumkan, ia akan menerima kanak-kanak Palestin yang cedera dan menyediakan rawatan perubatan percuma kepada mereka.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Pelbagai Hala, Elizabeth Taylor Jay pada Khamis berkata, pihaknya telah mengambil keputusan untuk memberikan sokongan kemanusiaan kepada kanak-kanak Palestin yang akan diterbangkan bersama-sama keluarga mereka ke Colombia untuk  rawatan pemulihan.

- Advertisement -

Beliau  bercakap di Stockholm, Sweden ketika sedang rangka dalam lawatan negara bersama Presiden, Gustavo Petro.

Jay tidak menyatakan bilangan ramai kanak-kanak yang akan diterbangkan ke Colombia, atau bagaimana mereka akan dikeluarkan dari Gaza yang masih dilanda peperangan ketika ini, lapor New Arab.

Serangan tentera Israel di Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 37,232 orang awam  di Gaza, dengan ribuan dikhuatiri maut akibat terperangkap di bawah runtuhan.

Petro, presiden berhaluan kiri pertama Colombia, telah berulang kali mengkritik serangan udara dan darat Israel di Gaza, dan minggu lalu menggantung eksport arang batu ke negara itu.

Terdahulu, Colombia adalah pembekal arang batu utama Israel.

Petro juga berkata, Colombia akan berhenti membeli senjata buatan Israel, salah satu pembekal utama pasukan keselamatan negara Amerika Selatan itu.

Pada bulan Mei, Colombia mengumumkan ia memutuskan hubungan dengan Israel dan membuka kedutaan di Ramallah di Tebing Barah wilayah Palestin. – Agensi/HARAKAHDAILY 14/6/2024

- Advertisement -