Sekolah YIK catat peningkatan peperiksaan sijil agama 2023

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencatat peningkatan dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTQ), Sijil Menengah Ugama (SMU Dini) dan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) 2023.

- Advertisement -

Peningkatan tersebut sebanyak 2.99 peratus apabila memperolehi 97.16 peratus berbanding tahun 2022 sebanyak 94.19 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, seramai 128 pelajar cemerlang dalam peperiksaan SMU.

Manakala tiga pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP).

“Keputusan peperiksaan SMU menunjukkan peningkatan sebanyak 2.97 peratus apabila 5,542 pelajar atau 97.16 peratus lulus,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan tersebut di Dewan Utama YIK Bandar Baharu Tunjong di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah YIK, Nik Mohd Hassanuddin Nik Hussain, pengetua-pengetua sekolah YIK, ibu bapa dan pelajar cemerlang.

Wan Roslan juga berkata, bagi peperiksaan SMU Dini pencapaian pangkat mumtaz (cemerlang) seramai 907 calon berbanding tahun 2022 seramai 934 calon.

Pangkat Jayyid Jiddan (amat baik) 1,523 calon berbanding 1,623 calon tahun 2022.

“Manakala pangkat Jayyid (baik) pula seramai 1,650 calon berbanding 1,695 calon tahun 2022, manakala pangkat Maqbul (lulus) seramai 1,462 orang berbanding tahun sebelumnya 1,556 calon.

“Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran seramai 128 orang, manakala calon yang mendapat pencapaian pangkat Mumtaz 907 orang,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/6/2024

- Advertisement -